Jan 30, 2010

Menjadi Peneroka Jalanan Hidup~

Posted by mesrani at 7:34 AM

Alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang masih memberi aku bernafas dimuka bumi ini. Seperti sedia kala aku masih meneruskan perjuangan untuk meneruskan hidup ini dengan baik. Gambar di atas diambil semasa aku berjalan2 di KLCC bersama sepupu. Masa tersebut diluangkan berbual bicara tentang kehidupan yang telah kami lalui sebelum ini. Menjadi seorang pendengar bukan mudah bagi yang mempunyai sifat kurang sabar memahami isi cerita. Ini merupakan kali ke-2 aku ke sana untuk mengejar ilmu dengan seorang sahabat lain..selain sepupu aku. Kali pertama ke sana aku berjumpa sahabat untuk mengambil barang..dan kali kedua bersua muka sekali lagi untuk belajar programming.Masih teringat lagi perjalanan aku semasa belajar programming dgn sahabat, datang tanpa membawa apa2 tetapi ilmu yang ada cukup untuk bt aku kagum bersamanya..cukup sabar sahabat aku mengajar sehingga pukul 11.15 malam. Ilmu programming tersebut mmg aku xpernah guna untuk mengimplen sistem melainkan PHP, VB dan C. Sesunggguhnya Allah amat menyukai umat-NYA yang sentiasa berusaha..syukran.

Selain itu juga, sebagai seorang peneroka jalanan hidup, aku ingin menyelitkan tentang mimpi yang aku alami baru-baru ini. 2 ekor ular datang mengejarku. Apakah makna mimpi itu? Sebagai hamba-NYA aku cuma mengharapkan yang terbaik dari-NYA. Tapi aku sedar setelah aku ditinggalkan sejak 3 bulan lepas oleh seseorang. Aku ditanya seolan bertubi2 oleh sahabat handai dan keluarga,,aku cuma mampu tersenyum..mahu meluahkan amat susah bagiku. Allah SWT tahu pilihan yang terbaik untukku. Aku masih bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh-NYA agar aku lebih bertaqwa kepada-NYA. Semua itu adalah ujian dari-NYA kerana Allah SWT mahu menguji sejauh manakah tahap keimanan kita kepada-NYA.

Aku seorang student dan part timer..semalam ada seorang sahabat bertnye "Kenape ko berhati kering sedangkan perempuan lain kecewa yang teramat bila mendapat berita ex dia akn berkahwin dgn mse terdekat sdgkan baru bape bulan ditinggalkan" Aku cuma mampu menjawab "Semua itu adalah ketentuan dari-NYA, semua yang ada di muka bumi ini adalah pinjaman...kecantikan, kemewahan, pangkat semua akan ditingglkan jgk..aku xkisah xckup perfect dimata ex aku sbb dia tau apa punca utama tapi aku kisah klu aku xcukup perfect untuk Allah SWT..cukuplar Allah mengetahui segala2nya..dia maha adil..
Allah SWT akan membalasnya satu hari kelak sedikit demi sedikit walau apa cara sekalipun antara sedar atau x. Aku berdoa agar dia diberi petunjuk untuk menjaga hubungan sesama manusia. Apa-apa pun Allah SWT sayangkan aku msh diberi peluang untuk mencari yang terbaik. Aku bersyukur Allah SWT memberi aku petunjuk untuk meninggalkannya..sblm aku ditinggalkan jgk..nasib yang sama menimpa ex dia sblm aku..hanya kerana faktor fizikal. Betul kata mak aku..hidup macam ini mmg xlama Allah nk tunjukkan..wlupun hablumminallah ttp hablumninannass perlu untuk mencari keredhaan dar-NYA. Aku cukup yakin kebarangkalian untuk dia mengutuk aku selepas melihat gmba terbaru di blog ini adalah 99%. Aku xkisah..aku beristiqamah dan masih menjaga peribadi aku. Allah maha mengetahui segala-galanya..ameen..

Categories

3 comments:

Julmazli Dempollok on February 22, 2010 at 10:10 PM said...

Saya suka blog cik..
Sempoi kata orang. Tumpang saya membaca coretan-coretan cik ya..

NHP on February 22, 2010 at 10:53 PM said...

terima kasih sahabat,,
dipersilakan baca...

irah_Ni on February 28, 2010 at 9:23 PM said...

salam..x sangka naseb kite same ye..
kisah cinta yg terputus di tengah jalan. x sampai 2,3 bulan break up dah terime kad jemputan kawen si dia..apepon, semoga tabah..peace:-)

 

LIFE.LAUGH.LOVE Copyright © 2009 Designed By Mesrani