Nov 13, 2009

Al-Fatihah...

Posted by mesrani at 9:03 PM

Ketika manusia sibuk mengejar tentang kehidupan keduniaan ada yang akur dengan jemputan illahi. Hari ini sahaja terdapat 2 berita diluar jangkaan . Pada pukul 11 pagi tadi atuk saudara ku telah pergi untuk mengadap-NYA dan pada pukul 4.10 petang tadi sahabatku ikbal nor hakim telah kehilangan ibu tercinta buat selama2nya. Takziah diucapkan..Al-Fatihah.

Sebagai seorang manusia, kita hendaklah akur dengan saat pemisah yang tidak akan mungkir sejak azali lagi. Setiap hari lahir yang disambut juga merupakan baki masa yang singkat setelah umur kita meningkat. Apabila bercerita tentang kematian , ada yang memandang enteng tentang qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Kemana perginya pegangan seseorang itu? Dan ada juga apabila menyebut tentang kematian, ada yang mengingatinya, takut dengan kekuasaan Allah SWT.

Disaat segelintir manusia menghitung hari bahagia, mengira keuntungan, mencari jalan penyelesaian, meramal nasib, berjumpa pawang, bomoh, tabib untuk menyembuh luka adakah segelintir manusia ini sedar kerugian yang dialami atas perbuatannya. Tidakkah mereka tau bahawa pahala dan dosa akan dikira setelah kematian. Kehidupan selepas kematian adalah kehidupan yang adil bagi orang-orang yang ditindas sesama manusia, adil bagi manusia yang pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Manusia merupakan pelakon dimuka bumi yang memegang amanah sebagai seorang hamba-NYA. Kehidupan lebih bermakna jika kita lebih mengingati kematian. Allah SWT telah berfirman bahawa :

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"

Surah Al-'Ankabut:64



Sejenak bersama kita menghayati setiap rangkap puisi ini:

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka



Categories

0 comments:

 

LIFE.LAUGH.LOVE Copyright © 2009 Designed By Mesrani