Jul 10, 2009

Puisi Cinta

Posted by mesrani at 1:41 AM

Tersentuh hati ini bila membaca sebuah puisi yang memberi makna mendalam tentang keagungan cinta. Cinta yang kekal hanya cinta kepada yang Maha Esa. Cinta kepada diri sendiri, ibu bapa, sahabat handai dan juga negara penting bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Jadilah cinta sebagai pemangkin dalam hidup tetapi janganlah merosakkan diri sendiri kerana cinta.



Dengan cinta, yang pahit jadi manis,
tembaga jadi emas ;
dengan cinta, keladak jadi jernih,
kesakitan jadi penawar ;
dengan cinta, penjara jadi taman,
tanpanya taman terbiar ;
Dengan cinta, batu jadi cair,
tanpanya, lilin jadi sekeras logam ;
Dengan cinta, sakit bertukar sihat,
dan bala menjadi rahmat;
Dengan cinta, yang mati jadi hidup,dan raja menjadi hamba.
Cinta dan cinta....
Cinta kepada siapa
Cinta untuk siapa
Cinta dari siapa
Cintakan manusia
Cintakan dunia
Cintakan alam fana
Cinta bersifat sementara
Cinta bahagia
Cinta Yang Maha Esa
Cinta RasulNya
Cinta sesama saudara
Atas iman yang mekar
Tidak kan pernah pudar
Hidup dunia kian hambar
Akhirat jua terus segar

Categories

3 comments:

Basuh Baju on July 10, 2009 at 3:19 AM said...

hello!

:)

mes NH on July 10, 2009 at 12:31 PM said...

hello basuh baju

George on November 20, 2009 at 10:12 PM said...

Interesting post... I can see that you put a lot of hard work on your blog. I'm sure I'd visit here more often. George from love poem.

 

LIFE.LAUGH.LOVE Copyright © 2009 Designed By Mesrani